Tuesday, 1 August 2017

Fotografi Tadika

Kami di LensaMukmin Photography menawarkan pakej menarik untuk para pengusaha tadika di Kelantan. Berpengalaman 3 tahun dalam bisnes tadika swasta dan 9 tahun dalam fotografi, kami menjanjikan hasil yang terbaik untuk anda, gambar yang cantik pasti menggembirakan ibu bapa pelajar di tadika anda.












Harga pakej (untuk setiap pelajar):

Pakej A:
1 keping 8R (individu)
1 keping 5R (kelas)
4 keping gambar passport
RM23

Pakej B:
1 keping 8RW (individu)
1 keping 5R (kelas)
4 keping gambar passport
RM24

Pakej C:
1 keping 8RW (individu)
1 keping 8R (kelas)
4 keping gambar passport
RM26

Pakej D:
1 keping 8R (individu)
Frame 8R
1 keping 5R (kelas)
4 keping gambar passport
RM30

Pakej E:
1 keping 8RW (individu)
Frame 8RW
1 keping 5R (kelas)
4 keping gambar passport
RM33

Untuk pelajar 4 dan 5 tahun:
1 keping 5R (kelas) RM5
1 keping 8R (kelas) RM10
1 keping 8RW (kelas) RM12

Kami akan pergi ke tadika anda untuk sesi fotografi, anda tidak perlu hadir ke studio. Cas pengangkutan RM30 akan dikenakan untuk bilangan pelajar di bawah 15 orang. Untuk 16 orang dan ke atas tiada cas pengangkutan.
Sila hubungi kami 012-2496872 untuk sebarang pertanyaan. Terima kasih.

Monday, 24 July 2017

Event: Little Hajj 2017

Event ini dianjurkan oleh Little Caliphs International Sdn Bhd dan merupakan program simulasi haji yang terbesar pernah diadakan seperti yang dianugerahkan oleh Malaysian Book of Records. Disertai oleh lebih 6000 pelajar tadika Little Caliphs di seluruh negara, program ini dijalankan serentak di 5 lokasi termasuk di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu, Kelantan. Berikut adalah gambar sekitar program tersebut:












Jika anda perlukan khidmat fotografi untuk sebarang program atau majlis tadika, sila hubungi kami 012-2496872

Monday, 8 October 2012

Timelapse: A Busy Night

Dah lama tak proses video timelapse. Stok gambar banyak, cukup untuk buat compilation video selama 2-3 minit. Tapi kurang semangat nak bikin, sebab kebanyakannya ada mistake, yang mana lepas shoot baru tau yang tu tak boleh yang ni tak elok. Dari tersadai dalam hardisk, akhirnya menggagahkan diri untuk proses separuh dari stok yang ada tu. 2200 lebih gambar digunakan dari lokasi2 seperti Kulim (dirakam pada 2011), Brunei (dirakam pada 2011), Putrajaya (dirakam pada 2010) dan Bukit Bintang (terbaru, 2012).

Sila view dalam HD quality ya, walaupun lambat sikit loading tapi berbaloi, hehehe... yang guna unifi toksah cerita la.




Masih banyak lagi yang perlu diteroka dalam pembikinan timelapse ni. Bila tengok klip timelapse yang terdapat dalam Samsung Galaxy S3 (klik sini), semangat untuk aktif kembali dalam pembikinan timelapse makin membara. Tunggu projek seterusnya dari saya. Dan, berkenaan tutorial, InsyaAllah saya akan upload suatu hari nanti (baru separuh jalan tulis).

Saturday, 8 September 2012

Landscape: lokasi baru ditemui

Dah banyak kali si Arnab Gurun ajak melawat tempat yang baru ditemuinya ni secara tak sengaja semasa berbasikal berhampiran dengan rumahnya di Guar Perahu. Pagi Sabtu lepas nampak macam menarik je cuaca, 6.30 pagi terus keluar, tapi sampai lambat jugak ke lokasi. Len kali pukul 6.30 tu dah kena ada kat lokasi. Tapi takpe la, kali ni cuma survey tempat saja.

Sunrise:

0.25s | f/11 | ISO-100 | 16mm
Filter: Heliopan CPL + Hitech GND0.6 HE + GND0.9 SE

Bila tanah dah terang, baru la nampak tempat ni memang sangat menarik. Banyak view yang boleh dipotretkan, nak panjat bukit pun boleh. Insyaallah kalau ada kesempatan, akan repeat lagi tempat ni untuk sunrise, sunset, dan nightscape.

 1/25s | f/8 | ISO-100 | 16mm
Filter: Heliopan CPL + Hitech GND0.3 HE