Showing posts with label seascape. Show all posts
Showing posts with label seascape. Show all posts

Friday, 31 August 2012

Sunset: Formatt Hitech Filter Review

Setelah lama kemarau gambar sunset, akhirnya dapat jugak peluang untuk memotretkan scenery yang sangat popular dikalangan kaki landscape/seascape ini. Sempena cuti Hari Kebangsaan, saya bersama rakan2 meluangkan masa berpiknik di Pantai Teluk Bayu, Penang. Tengah syok dok bakar ayam, lebih kurang pukul 7 lebih dah mula nampak merah2 kat langit, terus tinggal ayam dan pikul tripod ke batu-batuan pantai. Hati sangat gembira dan excited kerana dapat juga peluang untuk bertemu dengan sunset yang cantek, dan dapat peluang nak guna Formatt Hitech filter set yang baru dibeli pada bulan puasa lepas. 

30s | f/9 | ISO-200 | 16mm
Filter: CPL + GND 0.6 hard edge + GND 0.9 soft edge


Hitech GND Filter Review

Hampir 3 bulan menunggu stok masuk, bila dapat tau sampai je stok filter bersaiz 100mm, walaupun dalam keadaan tengah sengkek nak raya, selamba je gores kad untuk beli satu set Hitech GND Hard Edge 0.3, 0.6 dan 0.9, sekeping GND Soft Edge 0.9, sekeping Pro Stop 8 (ND) dan wide angle holder. Adaptor ring saya tak beli sebab saya plan nak DIY sendiri supaya saya dapat gunakan Heliopan CPL bersama dengan set Hitech ni. Kesemuanya saya dapat dari kedai Click n Snap, Komtar, Penang, paling murah selepas berbulan2 saya survey dengan online shop lain.


Saya selalunya prefer untuk menggunakan teknik black card atau dual-exposure blending untuk mendapatkan balance exposure antara langit dan foreground. Tapi bagi sesetengah keadaan, saya terpaksa menggunakan GND filter untuk tujuan tersebut. Apa yang ada dalam beg kamera saya hanyalah sekeping Cokin GND8, sekeping Heliopan CPL dan sekeping B+W ND110. Namun, saya sangat kecewa dengan hasil dari Cokin GND8 dan B+W ND110 kerana mempunyai masalah color cast magenta yang sangat ketara.

Beberapa bulan lepas saya berpeluang untuk mencuba Lee filter GND hard edge milik kawan sekampung, Nik Fizri, memang hasilnya sangat mengujakan walaupun hanya sempat mencuba beberapa minit sahaja (gagal dapat shot yang dikehendaki kerana tak cukup masa). Tapi setelah membuat kira2, kosnya sangat mahal, tambahan pula saya bukannya dapat income lebat dari foto2 landscape, cuma sekadar hobi dan kepuasan sendiri.

Tanpa sendiri mencuba dulu filter dari Hitech ni, memang agak gamble la main beli jer. Tapi setelah mendapat shot seperti di atas, memang sangat kagum dengan hasil dari Hitech. Setakat guna dua keping GND serentak dengan exposure selama 30s, color cast boleh dikatakan hampir invisible, guna auto WB sahaja pun dah memadai, dan tak perlu nak buat post-processing untuk betulkan color cast seperti yang terjadi dengan Cokin atau B+W ND110. Jadi, saya sangat la rekemen set filter dari Hitech ini, harganya tak sampai separuh dari harga Lee filter, tapi hasil dia bagi saya dah berbaloi sangat dengan harganya. Bila ada masa nanti saya review Hitech Pro Stop 8 pulak, baru ni tak sempat try betul2 sebab kena sempurnakan dulu projek DIY holder untuk eliminate reflection effect dekat filter tu.


 20s | f/22 | ISO-50 | 16mm
Filter: CPL + GND 0.6 hard edge + GND 0.9 soft edge


30s | f/16 | ISO-50 | 16mm
Filter: CPL + GND 0.6 hard edge + GND 0.9 soft edge

Saturday, 28 April 2012

Grand Outing 2012 - Kelantan Tourism

Grand Outing 2012 - Klik-klik Kelate anjuran bersama Tourism Kelatan dan Klik (Kelab Lensa Negeri Kelantan)

Sunrise - Pantai Tujuh, Tumpat, Kelantan

Pemprosesan keropok lekor, Tumpat, Kelantan

Pembuatan gendang tradisional, Kampung Semat Jal, Kelantan 

Pembuatan wayang kulit, Kg Semat Jal, Kelantan

Pokley @ Pantai Mek Mas

Nasrul @ Pantai Mek Mas

Sunset - Pantai Mek Mas

Saturday, 10 March 2012

Full moonrise

Tujuan asalnya nak lepak ngan kengkawan di Penang, singgah kat waterfront ni, tengok2 ada moonrise. Pinjam lens Jiman, EF70-200mm f/4L, zoom pada 200mm, compo, dan snap.

15s | f/8 | ISO-200 | 200mm

Tuesday, 7 February 2012

Night scenery - Pantai Senok

Lawatan sambil belajar, bawak kengkawan dari Kulim/Penang ke tempat feveret saya, Pantai Senok, Bachok, Kelantan. Hajatnya nak memotret startrail, tapi banyak kelompok awan pulak. Tukar plan la, shoot timelapse. Berikut adalah 2 keping sedutan dari beberapa ratus keping yang saya snap untuk timelapse.

30s | f/5.6 | ISO-800 | 16mm

20s | f/5.6 | ISO-800 | 16mm


Group photo dulu sebelum pulang:

 
 

Saturday, 29 October 2011

Langkawi - potret alam

Langkawi, memang satu lokasi yang mempunyai banyak sangat tempat menarik untuk dipotretkan. Kunjungan bercuti bersama family ini adalah selama 3 hari 2 malam, bermakna saya mempunyai 2 kali sunrise dan 2 kali sunset, namun kerana faktor masa hanya ini sahaja yang sempat dirakamkan.
 
Sunset di Hotel Awana Porto Malai
4s | f/18.0 | ISO-50 | 16mm | CPL
 
Sunrise, Hotel Awana Porto Malai
2.5s | f/18.0 | ISO-50 | 16mm | CPL
 
Sunrise, Hotel Awana Porto Malai
2s | f/18.0 | ISO-50 | 16mm | CPL
 
Sunset, Pantai Kok
30s | f/10.0 | ISO-160 | 16mm | CPL
  
Slow shutter pada tengah hari di Pantai Pasir Hitam
47s | f/10.0 | ISO-50 | 21mm | CPL + ND 10-stop

Sunday, 9 October 2011

Kelantan - potret alam

Balik bercuti di kampung pada hujung minggu, satu peluang yang sukar untuk dilepaskan apabila cuaca sangat elok.
 
Pengkalan Chepa, Kota Bharu
30s | f/10.0 | ISO-160 | 20mm | ND 10-stop + CPL filter

Pantai Sabak, Kota Bharu
40s | f/8.0 | ISO-50 | 20mm | ND 10-stop + CPL filter

Kuala Kemasin, Bachok
60s | f/10.0 | ISO-160 | 20mm | ND 10-stop + CPL filter

Pantai Melawi, Bachok
1/80s | f/11.0 | ISO-160 | 16mm | CPL filter

Teluk Kandis, Bachok
20s | f/18.0 | ISO-50 | 16mm | CPL filter

Tuesday, 26 July 2011

Timelapse: A Compilation Part 1

Video timelapse ini dihasilkan daripada beribu2 keping still picture dari DSLR (lupa dah berapa keping). Antara lokasi2 yang terlibat adalah Pantai Sabak, Pantai Senok, Pantai Kemasin, Kelantan, dan Sg Ular Kulim.


Tak boleh view di youtube? Sila tonton di Vimeo

Sunday, 22 May 2011

Sunset - Teluk Air Tawar

Outing ringkas dan pantas di Teluk Air Tawar, Penang

105s | f/9.0 | ISO-160 | 20mm | CPL + ND 10-stop

30s | f/9.0 | ISO-160 | 20mm | CPL

Sunday, 1 May 2011

Nightscape - Senok

Beberapa pemandangan pada waktu malam di Pantai Senok, Bachok, Kelantan, tempat feveret saya sejak berbelas2 tahun lepas, samada untuk memancing, melepak dan mengambil gambar.

Kepulan awan masih banyak pada awal malam.

Awan bergerak agak laju pada malam tu, dan angin sangat kuat, kalau pakai topi konfom topi tu terbang masuk laut.
Akhirnya langit mula clear, arah tenggara dah kelihatan gugusan Milky Way. Ada pencemaran cahaya yang mengganggu shot ini. Perlu pergi ke tempat yang lebih gelap, jauh dari populasi untuk mendapat milky way yang lagi jelas.
Startrail hasil dari merge berpuluh2 gambar.
North star, akhirnya dapat jugak shot yang diidamkan ini. Agak susah nak cari pusat north star tu, tak cukup dengan kompas, kena buat beberapa test shot untuk lihat corak trail.

Saturday, 30 April 2011

Sabak - Slow shutter

Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan.
60s | f/18 | ISO-160 | 21mm | CPL + ND 10-stop

0.6s | f/10 | ISO-50 | 16mm | CPL + GND8

Thursday, 21 April 2011

Timelapse: The Undark Night

Dipotretkan di bahu Jalan Baling-Kulim pada waktu 2 hingga 4 pagi, pada malam full moon.


Tak dapat view di youtube? Sila tonton di Vimeo

Saturday, 16 April 2011

Nature - MFN outing

Outing bersama rakan2 ke Pantai Kerachut (Taman Negara) kemudian bersunset di Batu Ferringhi, dan akhir sekali mencerap bintang di Baling. Pukul 5 pagi keluar rumah, balik keesokannya pada waktu yang sama, outing paling lama pernah saya lalui. Pada awalnya langit tak berapa best, di Pantai Kerachut cuaca mendung je, siap hujan sekejap. Pada belah petang pun nampak mendung, tapi bila dah nak sunset, tiba2 jadi merah menyala pulak. Manakala sebelah lewat malamnya pulak, langit ada kelompok2 awan2 putih, sampai la masa nak balik, pada pukul 4 pagi, baru la langit clear menampakkan bintang2 dengan jelas sekali.

100s | f/8.0 | ISO-160 | 17mm | CPL + ND 10-stop

1s | f/20 | ISO-50 | 20mm | CPL
  
 6s | f/16 | ISO-50 | 16mm | CPL

 2s | f/8.0 | ISO-160 | 17mm | CPL

33 keping gambar x 13sec exposure. ISO-640, f/4.0, 16mm

Saturday, 25 September 2010

HDR - Ban Pecah

Sempat merakamkan sunrise di Ban Pecah semasa trip memancing bersama kawan2 di sini. 
Kedua2 gambar ini telah melalui editing secara HDR tone mapping daripada single RAW yang telah diconvert kepada 3 keping Jpeg yang berlainan exposure.
 


Flow kerja saya untuk HDR dari single RAW exposure:

1. Open RAW file guna software Canon DPP. Turunkan exposure/brightness sampai kawasan yang paling terang dalam gambar kelihatan tidak terlalu wash out, kemudian convert gambar ini kepada jpeg, bagi nama contohnya file1.jpg.
2. Naikkan exposure/brightness sehingga kawasan paling gelap dalam gambar kelihatan hampir2 elok, kemudian convert kepada file3.jpg.
3. Adjust balik exposure/brightness kepada value tengah2 antara kedua2 value tadi, dan convert kepada file2.jpg.
4. Hasilnya kita sudah ada 3 keping gambar yang berlainan exposure, file1.jpg underexposed, file2.jpg normal, dan file3.jpg overexposed.
5. Merge ketiga3 gambar tadi menggunakan software Photomatix Pro untuk di-HDR-kan.
6. Berikut adalah tone mapping yang selalu saya praktikkan:
    - Strength : 70-90
    - Color saturation: Jangan keterlaluan, 40-60
    - Luminosity: antara 4-5
    - Light smoothing: samada medium atau high
    - White point, black point dan Gamma: main2 dengan ketiga2 setting ini untuk mendapatkan histogram yang hampir perfect (tiada overexposed dan tiada underexposed)

    - Color temperature: antara -3 hingga 3, bergantung kepada WB gambar. jangan terlalu warm dan jangan terlalu cool
    - Microcontrast : 3-8
    - Micro smoothing: 3-8
    - Highlight smoothing, shadow smoothing dan shadow clipping: antara 10-20

7. Proses tone mapping tadi kepada tiff 16-bit kemudian buka file ini di dalam photoshop untuk final retouch (main2 dengan curve, level, saturation, sharpness mengikut sesedap mata memandang)

Selamat mencuba.


Friday, 13 March 2009

Landscape - Pantai Senok

Cubaan pertama selepas mendapat set Cokin filters, dipadankan dengan EOS450D dan Tamron 17-50 f/2.8.