Saturday, 28 April 2012

Grand Outing 2012 - Kelantan Tourism

Grand Outing 2012 - Klik-klik Kelate anjuran bersama Tourism Kelatan dan Klik (Kelab Lensa Negeri Kelantan)

Sunrise - Pantai Tujuh, Tumpat, Kelantan

Pemprosesan keropok lekor, Tumpat, Kelantan

Pembuatan gendang tradisional, Kampung Semat Jal, Kelantan 

Pembuatan wayang kulit, Kg Semat Jal, Kelantan

Pokley @ Pantai Mek Mas

Nasrul @ Pantai Mek Mas

Sunset - Pantai Mek Mas

Sunday, 15 April 2012

Cityscape - Bukit Bintang

Outing ringkas bersama Ckay, lebih 600 keping shot dirakamkan di sini, bertujuan untuk projek timelapse. Alang2 dah ada RAW, bikin la HDR satu. Dari single RAW convert kepada 3 keping Jpeg berlainan exposure. Detail untuk teknik HDR ini, sila lihat link ini. Tutorial HDR dari single RAW


Saturday, 10 March 2012

Full moonrise

Tujuan asalnya nak lepak ngan kengkawan di Penang, singgah kat waterfront ni, tengok2 ada moonrise. Pinjam lens Jiman, EF70-200mm f/4L, zoom pada 200mm, compo, dan snap.

15s | f/8 | ISO-200 | 200mm

Sunday, 26 February 2012

Car photoshoot

Sudah lama saya ingin membuat shot seperti ini, panning dari depan!
Terima kasih kepada owner kereta, Sue, penganjur photoshoot ini, Mustamin, dan rakan2 lain, yang membantu, Jiman, Sibik dan Arnab Gurun. Menggunakan CPL filter untuk mendapatkan slower shutterspeed, dan 2 keping GND filter (GND4 dan GND8) untuk mendapatkan langit yang gelap, inilah hasilnya.



Inilah pandangan dari dalam Fairlady tersebut, dari kamera Mustamin, hehehe.


Friday, 17 February 2012

Helang Langkawi

First time amik pakej island hoping di Langkawi, dengan EF135mm f2L, dapat shot ni. Helang agak jauh, kena crop banyak jugak untuk dapat framing yang lebih ummpphhh...


1/2000s | f/2.0 | ISO-100 | 135mm

Tuesday, 7 February 2012

Night scenery - Pantai Senok

Lawatan sambil belajar, bawak kengkawan dari Kulim/Penang ke tempat feveret saya, Pantai Senok, Bachok, Kelantan. Hajatnya nak memotret startrail, tapi banyak kelompok awan pulak. Tukar plan la, shoot timelapse. Berikut adalah 2 keping sedutan dari beberapa ratus keping yang saya snap untuk timelapse.

30s | f/5.6 | ISO-800 | 16mm

20s | f/5.6 | ISO-800 | 16mm


Group photo dulu sebelum pulang:

 
 

Saturday, 3 December 2011

Sunset - Pantai Merdeka

Outing bersama Arnab Gurun dan Cimet sempena penghijrahan diorang ke Canon. Kami bergerak dari Sg. Petani, Semeling, Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka. Tapi sepanjang masa kamera saya simpan je dalam beg, kerana nak luangkan masa untuk assist rakan2 yang masih terpinga2 dengan setting dan camera menu Canon. Hinggalah pada petangnye sebelum sampai ke Pantai Merdeka, kami singgah ke sawah padi ini untuk sunset. Pada awalnya shot ini tidaklah menarik. Sedikit sentuhan HDR menggunakan single RAW image, dan inilah hasilnya.

Gunung Jerai, pandangan dari Pantai Merdeka
2.5s | f/18.0 | ISO-50 | 16mm | CPL