Saturday 18 December 2010

Wedding: Farid | Aisyah

Majlis Bertandang
Kota Bharu, Kelantan

My best friend's wedding. Buat musim tengkujuh, dalam hujan lebat la rombongan datang. Nasib baik lewat petang hujan dah berenti, bleh shoot outdoor sket.






Saturday 25 September 2010

HDR - Ban Pecah

Sempat merakamkan sunrise di Ban Pecah semasa trip memancing bersama kawan2 di sini. 
Kedua2 gambar ini telah melalui editing secara HDR tone mapping daripada single RAW yang telah diconvert kepada 3 keping Jpeg yang berlainan exposure.
 


Flow kerja saya untuk HDR dari single RAW exposure:

1. Open RAW file guna software Canon DPP. Turunkan exposure/brightness sampai kawasan yang paling terang dalam gambar kelihatan tidak terlalu wash out, kemudian convert gambar ini kepada jpeg, bagi nama contohnya file1.jpg.
2. Naikkan exposure/brightness sehingga kawasan paling gelap dalam gambar kelihatan hampir2 elok, kemudian convert kepada file3.jpg.
3. Adjust balik exposure/brightness kepada value tengah2 antara kedua2 value tadi, dan convert kepada file2.jpg.
4. Hasilnya kita sudah ada 3 keping gambar yang berlainan exposure, file1.jpg underexposed, file2.jpg normal, dan file3.jpg overexposed.
5. Merge ketiga3 gambar tadi menggunakan software Photomatix Pro untuk di-HDR-kan.
6. Berikut adalah tone mapping yang selalu saya praktikkan:
    - Strength : 70-90
    - Color saturation: Jangan keterlaluan, 40-60
    - Luminosity: antara 4-5
    - Light smoothing: samada medium atau high
    - White point, black point dan Gamma: main2 dengan ketiga2 setting ini untuk mendapatkan histogram yang hampir perfect (tiada overexposed dan tiada underexposed)

    - Color temperature: antara -3 hingga 3, bergantung kepada WB gambar. jangan terlalu warm dan jangan terlalu cool
    - Microcontrast : 3-8
    - Micro smoothing: 3-8
    - Highlight smoothing, shadow smoothing dan shadow clipping: antara 10-20

7. Proses tone mapping tadi kepada tiff 16-bit kemudian buka file ini di dalam photoshop untuk final retouch (main2 dengan curve, level, saturation, sharpness mengikut sesedap mata memandang)

Selamat mencuba.


Sunday 4 July 2010

Wedding: Ckay | Ira

First time buat outdoor wedding portraiture pada waktu malam, di sekitar Putrajaya, spesel untuk pasangan ini, yang merupakan kawan baik saya. Dengan equipment yang cukup terhad, 2 flash dengan softbox tanpa stand, dan wireless trigger yang kadang2 tak berfungsi, memang agak sukar dan memenatkan.