Monday 8 October 2012

Timelapse: A Busy Night

Dah lama tak proses video timelapse. Stok gambar banyak, cukup untuk buat compilation video selama 2-3 minit. Tapi kurang semangat nak bikin, sebab kebanyakannya ada mistake, yang mana lepas shoot baru tau yang tu tak boleh yang ni tak elok. Dari tersadai dalam hardisk, akhirnya menggagahkan diri untuk proses separuh dari stok yang ada tu. 2200 lebih gambar digunakan dari lokasi2 seperti Kulim (dirakam pada 2011), Brunei (dirakam pada 2011), Putrajaya (dirakam pada 2010) dan Bukit Bintang (terbaru, 2012).

Sila view dalam HD quality ya, walaupun lambat sikit loading tapi berbaloi, hehehe... yang guna unifi toksah cerita la.




Masih banyak lagi yang perlu diteroka dalam pembikinan timelapse ni. Bila tengok klip timelapse yang terdapat dalam Samsung Galaxy S3 (klik sini), semangat untuk aktif kembali dalam pembikinan timelapse makin membara. Tunggu projek seterusnya dari saya. Dan, berkenaan tutorial, InsyaAllah saya akan upload suatu hari nanti (baru separuh jalan tulis).

Saturday 8 September 2012

Landscape: lokasi baru ditemui

Dah banyak kali si Arnab Gurun ajak melawat tempat yang baru ditemuinya ni secara tak sengaja semasa berbasikal berhampiran dengan rumahnya di Guar Perahu. Pagi Sabtu lepas nampak macam menarik je cuaca, 6.30 pagi terus keluar, tapi sampai lambat jugak ke lokasi. Len kali pukul 6.30 tu dah kena ada kat lokasi. Tapi takpe la, kali ni cuma survey tempat saja.

Sunrise:

0.25s | f/11 | ISO-100 | 16mm
Filter: Heliopan CPL + Hitech GND0.6 HE + GND0.9 SE

Bila tanah dah terang, baru la nampak tempat ni memang sangat menarik. Banyak view yang boleh dipotretkan, nak panjat bukit pun boleh. Insyaallah kalau ada kesempatan, akan repeat lagi tempat ni untuk sunrise, sunset, dan nightscape.

 1/25s | f/8 | ISO-100 | 16mm
Filter: Heliopan CPL + Hitech GND0.3 HE

Friday 31 August 2012

Sunset: Formatt Hitech Filter Review

Setelah lama kemarau gambar sunset, akhirnya dapat jugak peluang untuk memotretkan scenery yang sangat popular dikalangan kaki landscape/seascape ini. Sempena cuti Hari Kebangsaan, saya bersama rakan2 meluangkan masa berpiknik di Pantai Teluk Bayu, Penang. Tengah syok dok bakar ayam, lebih kurang pukul 7 lebih dah mula nampak merah2 kat langit, terus tinggal ayam dan pikul tripod ke batu-batuan pantai. Hati sangat gembira dan excited kerana dapat juga peluang untuk bertemu dengan sunset yang cantek, dan dapat peluang nak guna Formatt Hitech filter set yang baru dibeli pada bulan puasa lepas. 

30s | f/9 | ISO-200 | 16mm
Filter: CPL + GND 0.6 hard edge + GND 0.9 soft edge


Hitech GND Filter Review

Hampir 3 bulan menunggu stok masuk, bila dapat tau sampai je stok filter bersaiz 100mm, walaupun dalam keadaan tengah sengkek nak raya, selamba je gores kad untuk beli satu set Hitech GND Hard Edge 0.3, 0.6 dan 0.9, sekeping GND Soft Edge 0.9, sekeping Pro Stop 8 (ND) dan wide angle holder. Adaptor ring saya tak beli sebab saya plan nak DIY sendiri supaya saya dapat gunakan Heliopan CPL bersama dengan set Hitech ni. Kesemuanya saya dapat dari kedai Click n Snap, Komtar, Penang, paling murah selepas berbulan2 saya survey dengan online shop lain.


Saya selalunya prefer untuk menggunakan teknik black card atau dual-exposure blending untuk mendapatkan balance exposure antara langit dan foreground. Tapi bagi sesetengah keadaan, saya terpaksa menggunakan GND filter untuk tujuan tersebut. Apa yang ada dalam beg kamera saya hanyalah sekeping Cokin GND8, sekeping Heliopan CPL dan sekeping B+W ND110. Namun, saya sangat kecewa dengan hasil dari Cokin GND8 dan B+W ND110 kerana mempunyai masalah color cast magenta yang sangat ketara.

Beberapa bulan lepas saya berpeluang untuk mencuba Lee filter GND hard edge milik kawan sekampung, Nik Fizri, memang hasilnya sangat mengujakan walaupun hanya sempat mencuba beberapa minit sahaja (gagal dapat shot yang dikehendaki kerana tak cukup masa). Tapi setelah membuat kira2, kosnya sangat mahal, tambahan pula saya bukannya dapat income lebat dari foto2 landscape, cuma sekadar hobi dan kepuasan sendiri.

Tanpa sendiri mencuba dulu filter dari Hitech ni, memang agak gamble la main beli jer. Tapi setelah mendapat shot seperti di atas, memang sangat kagum dengan hasil dari Hitech. Setakat guna dua keping GND serentak dengan exposure selama 30s, color cast boleh dikatakan hampir invisible, guna auto WB sahaja pun dah memadai, dan tak perlu nak buat post-processing untuk betulkan color cast seperti yang terjadi dengan Cokin atau B+W ND110. Jadi, saya sangat la rekemen set filter dari Hitech ini, harganya tak sampai separuh dari harga Lee filter, tapi hasil dia bagi saya dah berbaloi sangat dengan harganya. Bila ada masa nanti saya review Hitech Pro Stop 8 pulak, baru ni tak sempat try betul2 sebab kena sempurnakan dulu projek DIY holder untuk eliminate reflection effect dekat filter tu.


 20s | f/22 | ISO-50 | 16mm
Filter: CPL + GND 0.6 hard edge + GND 0.9 soft edge


30s | f/16 | ISO-50 | 16mm
Filter: CPL + GND 0.6 hard edge + GND 0.9 soft edge

Sunday 29 July 2012

Another startrail

Setelah lama tak keluar mencerap bintang (rasanya dah setahun lebih kot), akhirnya dapat peluang lagi walaupun keadaan langit tidak menyebelahi kami. Saya jumpa lokasi ni semasa sesi kayuhan MTB bersama geng Sg. Seluang bulan Jun lepas. Masih tak berapa jauh dari kawasan populasi tinggi, ada sedikit pencemaran cahaya pada arah selatan. Oleh itu, tiada pilihan lain, kena shoot arah utara la.

Ini hasil single exposure:

30s | f/4.0 | ISO-1250 | 16mm

Saya membuat lebih kurang 120 keping shot continuous (1 sec interval) tapi hanya 30 keping yang terawal je boleh guna untuk menghasilkan gambar startrail ini. Selepas dari 30 shot ni, awan dah mula tebal. Saya simpan bakinya untuk projek timelapse akan datang.
f/3.5 | ISO-1250 | 16mm | (29sec exposure + 1sec interval) x 30 exposures = 15 minutes of trail

p/s: masih mencari port yang sesuai, yang tiada pencemaran cahaya arah selatan, untuk mencerap Milky Way.

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan

Video timelapse ini saya hasilkan pada Ramadan 2011, dengan menggunakan DSLR kamera, tripod, dan intervalometer remote. Bermula dari 4 petang hingga 11 malam, saya merakamkan lebih dari 2000 keping gambar sekitar Kota Bharu, yang kemudiannya dijadikan video timelapse untuk menceritakan suasana bulan Ramadan di negeri serambi mekah ini, tempat saya dibesarkan.


Tak boleh view youtube? sila tonton di vimeo

Jika berkesempatan, saya akan menulis entry lain untuk menceritakan dengan lebih lanjut bagaimana untuk menghasilkan video timelapse seperti ini. Selamat berpuasa.

Saturday 28 April 2012

Grand Outing 2012 - Kelantan Tourism

Grand Outing 2012 - Klik-klik Kelate anjuran bersama Tourism Kelatan dan Klik (Kelab Lensa Negeri Kelantan)

Sunrise - Pantai Tujuh, Tumpat, Kelantan

Pemprosesan keropok lekor, Tumpat, Kelantan

Pembuatan gendang tradisional, Kampung Semat Jal, Kelantan 

Pembuatan wayang kulit, Kg Semat Jal, Kelantan

Pokley @ Pantai Mek Mas

Nasrul @ Pantai Mek Mas

Sunset - Pantai Mek Mas

Sunday 15 April 2012

Cityscape - Bukit Bintang

Outing ringkas bersama Ckay, lebih 600 keping shot dirakamkan di sini, bertujuan untuk projek timelapse. Alang2 dah ada RAW, bikin la HDR satu. Dari single RAW convert kepada 3 keping Jpeg berlainan exposure. Detail untuk teknik HDR ini, sila lihat link ini. Tutorial HDR dari single RAW


Saturday 10 March 2012

Full moonrise

Tujuan asalnya nak lepak ngan kengkawan di Penang, singgah kat waterfront ni, tengok2 ada moonrise. Pinjam lens Jiman, EF70-200mm f/4L, zoom pada 200mm, compo, dan snap.

15s | f/8 | ISO-200 | 200mm

Sunday 26 February 2012

Car photoshoot

Sudah lama saya ingin membuat shot seperti ini, panning dari depan!
Terima kasih kepada owner kereta, Sue, penganjur photoshoot ini, Mustamin, dan rakan2 lain, yang membantu, Jiman, Sibik dan Arnab Gurun. Menggunakan CPL filter untuk mendapatkan slower shutterspeed, dan 2 keping GND filter (GND4 dan GND8) untuk mendapatkan langit yang gelap, inilah hasilnya.



Inilah pandangan dari dalam Fairlady tersebut, dari kamera Mustamin, hehehe.


Friday 17 February 2012

Helang Langkawi

First time amik pakej island hoping di Langkawi, dengan EF135mm f2L, dapat shot ni. Helang agak jauh, kena crop banyak jugak untuk dapat framing yang lebih ummpphhh...


1/2000s | f/2.0 | ISO-100 | 135mm

Tuesday 7 February 2012

Night scenery - Pantai Senok

Lawatan sambil belajar, bawak kengkawan dari Kulim/Penang ke tempat feveret saya, Pantai Senok, Bachok, Kelantan. Hajatnya nak memotret startrail, tapi banyak kelompok awan pulak. Tukar plan la, shoot timelapse. Berikut adalah 2 keping sedutan dari beberapa ratus keping yang saya snap untuk timelapse.

30s | f/5.6 | ISO-800 | 16mm

20s | f/5.6 | ISO-800 | 16mm


Group photo dulu sebelum pulang: