Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Saturday, 22 October 2011

Wedding: Hafiz | Adawiyah

Rasanya ni la antara pic outdoor wedding yang paling saya suka. Agak susah nak buat shot ni, time hujan lebat tengah kalut dok cari setting flash dan kamera, bila dah jumpa setting hujan slow down pulak, terpaksa la guna khidmat bomoh hujan untuk simbah air menggunakan paip getah. Hehehe... Agaknya, 8 orang terlibat untuk hasilkan hanya sekeping gambar ini sahaja.
1/100s | f/10.0 | ISO-160 | 50mm
Strobist menggunakan 3 flash, kanan, depan dan belakang subjek, direct flash.

Saturday, 4 June 2011

Wedding: Fizree | Farah

Majlis Bertandang
Kulim, Kedah

Pasangan ini cukup ceria di hari majlis mereka, mengakibatkan saya tidak cukup rehat, ada je moment best untuk dikejar. Tapi hasilnya sangat berbaloi, ketika sesi editing dan design album, saya asyik tersenyum bila tengok gambar2 diorang ni.

Jadi pesanan saya kepada bakal pengantin di luar sana, ceria2lah dan senyumlah selalu pada hari majlis anda, nescaya anda akan memperoleh gambar2 yang elok, disamping menambahkan kemeriahan majlis dan juga menyenangkan tetamu anda.