Friday, 31 August 2012

Sunset: Formatt Hitech Filter Review

Setelah lama kemarau gambar sunset, akhirnya dapat jugak peluang untuk memotretkan scenery yang sangat popular dikalangan kaki landscape/seascape ini. Sempena cuti Hari Kebangsaan, saya bersama rakan2 meluangkan masa berpiknik di Pantai Teluk Bayu, Penang. Tengah syok dok bakar ayam, lebih kurang pukul 7 lebih dah mula nampak merah2 kat langit, terus tinggal ayam dan pikul tripod ke batu-batuan pantai. Hati sangat gembira dan excited kerana dapat juga peluang untuk bertemu dengan sunset yang cantek, dan dapat peluang nak guna Formatt Hitech filter set yang baru dibeli pada bulan puasa lepas. 

30s | f/9 | ISO-200 | 16mm
Filter: CPL + GND 0.6 hard edge + GND 0.9 soft edge


Hitech GND Filter Review

Hampir 3 bulan menunggu stok masuk, bila dapat tau sampai je stok filter bersaiz 100mm, walaupun dalam keadaan tengah sengkek nak raya, selamba je gores kad untuk beli satu set Hitech GND Hard Edge 0.3, 0.6 dan 0.9, sekeping GND Soft Edge 0.9, sekeping Pro Stop 8 (ND) dan wide angle holder. Adaptor ring saya tak beli sebab saya plan nak DIY sendiri supaya saya dapat gunakan Heliopan CPL bersama dengan set Hitech ni. Kesemuanya saya dapat dari kedai Click n Snap, Komtar, Penang, paling murah selepas berbulan2 saya survey dengan online shop lain.


Saya selalunya prefer untuk menggunakan teknik black card atau dual-exposure blending untuk mendapatkan balance exposure antara langit dan foreground. Tapi bagi sesetengah keadaan, saya terpaksa menggunakan GND filter untuk tujuan tersebut. Apa yang ada dalam beg kamera saya hanyalah sekeping Cokin GND8, sekeping Heliopan CPL dan sekeping B+W ND110. Namun, saya sangat kecewa dengan hasil dari Cokin GND8 dan B+W ND110 kerana mempunyai masalah color cast magenta yang sangat ketara.

Beberapa bulan lepas saya berpeluang untuk mencuba Lee filter GND hard edge milik kawan sekampung, Nik Fizri, memang hasilnya sangat mengujakan walaupun hanya sempat mencuba beberapa minit sahaja (gagal dapat shot yang dikehendaki kerana tak cukup masa). Tapi setelah membuat kira2, kosnya sangat mahal, tambahan pula saya bukannya dapat income lebat dari foto2 landscape, cuma sekadar hobi dan kepuasan sendiri.

Tanpa sendiri mencuba dulu filter dari Hitech ni, memang agak gamble la main beli jer. Tapi setelah mendapat shot seperti di atas, memang sangat kagum dengan hasil dari Hitech. Setakat guna dua keping GND serentak dengan exposure selama 30s, color cast boleh dikatakan hampir invisible, guna auto WB sahaja pun dah memadai, dan tak perlu nak buat post-processing untuk betulkan color cast seperti yang terjadi dengan Cokin atau B+W ND110. Jadi, saya sangat la rekemen set filter dari Hitech ini, harganya tak sampai separuh dari harga Lee filter, tapi hasil dia bagi saya dah berbaloi sangat dengan harganya. Bila ada masa nanti saya review Hitech Pro Stop 8 pulak, baru ni tak sempat try betul2 sebab kena sempurnakan dulu projek DIY holder untuk eliminate reflection effect dekat filter tu.


 20s | f/22 | ISO-50 | 16mm
Filter: CPL + GND 0.6 hard edge + GND 0.9 soft edge


30s | f/16 | ISO-50 | 16mm
Filter: CPL + GND 0.6 hard edge + GND 0.9 soft edge

Sunday, 29 July 2012

Another startrail

Setelah lama tak keluar mencerap bintang (rasanya dah setahun lebih kot), akhirnya dapat peluang lagi walaupun keadaan langit tidak menyebelahi kami. Saya jumpa lokasi ni semasa sesi kayuhan MTB bersama geng Sg. Seluang bulan Jun lepas. Masih tak berapa jauh dari kawasan populasi tinggi, ada sedikit pencemaran cahaya pada arah selatan. Oleh itu, tiada pilihan lain, kena shoot arah utara la.

Ini hasil single exposure:

30s | f/4.0 | ISO-1250 | 16mm

Saya membuat lebih kurang 120 keping shot continuous (1 sec interval) tapi hanya 30 keping yang terawal je boleh guna untuk menghasilkan gambar startrail ini. Selepas dari 30 shot ni, awan dah mula tebal. Saya simpan bakinya untuk projek timelapse akan datang.
f/3.5 | ISO-1250 | 16mm | (29sec exposure + 1sec interval) x 30 exposures = 15 minutes of trail

p/s: masih mencari port yang sesuai, yang tiada pencemaran cahaya arah selatan, untuk mencerap Milky Way.

Saturday, 21 July 2012

Salam Ramadhan

Video timelapse ini saya hasilkan pada Ramadan 2011, dengan menggunakan DSLR kamera, tripod, dan intervalometer remote. Bermula dari 4 petang hingga 11 malam, saya merakamkan lebih dari 2000 keping gambar sekitar Kota Bharu, yang kemudiannya dijadikan video timelapse untuk menceritakan suasana bulan Ramadan di negeri serambi mekah ini, tempat saya dibesarkan.


Tak boleh view youtube? sila tonton di vimeo

Jika berkesempatan, saya akan menulis entry lain untuk menceritakan dengan lebih lanjut bagaimana untuk menghasilkan video timelapse seperti ini. Selamat berpuasa.